Khamis, 29 November 2012

Mari Belajar Bahasa Melayu ( Kata Ganti )



KATA GANTI
PENERANGAN
1.       Kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama. Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat.
2.       Melihat ciri-cirinya, kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan seperti diperturunkan di bawah :
i) Kata Ganti Diri
ii) Kata Ganti Tunjuk
iii) Kata Ganti Tempat

                Kata Ganti Diri
1.       Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2.       Kata ganti diri terbahagi kepada :

Kata Ganti Diri
Pertama
aku, beta, hamba, kami,
kita, patik, saya
Kata Ganti Diri
Kedua
anda, awak, engkau,
kalian, kamu, tuanku
Kata Ganti Diri
Ketiga
baginda, beliau, dia,
mereka

Kata Ganti Tunjuk
1.       Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2.       Kata ganti tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.
3.       Kata ganti tunjuk dapat bertugas sebagai:
( a ) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contoh :
Ø  Ini  rumah saya.
Ø  Itu kucing.
        ( b ) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contoh :
Ø  Bangunan itu tinggi.
Ø  Kami belajar di kelas ini.

Kata Ganti Tempat
1.       Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti kata nama tempat.
2.       Ada tiga sahaja kata ganti tempat, iaitu sana, sini dan situ.
3.       Yang berikut ialah panduan menggunakan kata ganti tempat.

Kata Ganti
Tempat
Penggunaannya dan
Ayat Contoh
sana
Digunakan bagi tempat yang
Dianggap jauh dan tidak
kelihatan oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø  Budak itu duduk di sana.
Ø  Kassim berjalan ke sana.
sini
Digunakan bagi tempat yang dekat dengan orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø  Mereka tinggal di sini.
Ø  Letakkan pasu itu di sini.
situ
Digunakan bagi tempat yang agak jauh tetapi
tidak sejauh sana. Tempat yang dikatakan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø  Simpan hadiah ini di situ.
Ø  Di situ ada taman permainan.


Latihan 1
Garis kata ganti nama yang betul.
1.       Kami akan ke (  sini  /  sana  )  dengan menaiki bas.
2.       Saya tidak menyelebahi (  apa-apa  / mana-mana  ) pihak dalam perkara ini.
3.       “ Mengapakah (  tuanku /  baginda ) bermuram durja?”tanya dayang kepada Permaisuri Lisa.
4.       (  Siapa-siapa  /  Apa-apa  ) pun tidak berani masuk ke situ.
5.       Wei Lin dan adiknya selalu bergaduh. (  Kalian  /  Mereka  } tidak sependapat dalam segala hal.

Latihan 2
Isi  tempat kosong dengan kata nama arah yang sesuai berpandukan jawapan yang diberi.















timur
 

dia
 

belakang
 

atas
 



tengah
 

pekan
 

mereka
 
 



1.       Suhaimi menyimpan album gambar itu di _________________ laci mejanya.
2.       Pemuda itu tertidur di ________________ sofa.
3.       Sayup-sayup kelihatan kapal di __________________ laut.
4.       Adik bersembunyi di _______________ almari.
5.       Matahari terbit diufuk ________________.


Latihan 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 .Ibu, duit _______ hilang,. kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 .Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,. kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

Selasa, 27 November 2012



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Tarikh                          :  29.10.2012 (Isnin)
Masa                            :  8.40 – 9.40 (60 minit)
Tahun                          :  Tahun 3 Gemilang
Bilangan Murid           :  22 orang
Unit                             :   7
Aras                             :   1
Tema                           :  Makanan Berasaskan Pertanian
Tajuk                           :  Makanan Berasaskan Pertanian

Hasil Pembelajaran ( Fokus utama)
 4.2.  Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan
         maklumat yang disampaikan oleh pihak lain
Aras 3
        i.            Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. 

 8.2.  Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks
         tentang sesuatu tajuk.
 Aras 3
        i.       Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.

11.1          Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya    
Aras 1
        i.      Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca

Hasil Pembelajaran (fokus sampingan)
7.2.      Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang
             terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera
Aras 1:      Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca

Objektif
Sebelum pelajaran ini berakhir:
1.      Secara berpasangan pelajar dapat menghasilkan dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal dalam perbualan yang sesuai dengan situasi.
2.      Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.

Pengetahuan sedia ada : Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil-hasil
                                          pertanian        

Bahan Bantu belajar            :Teks,  gambar digital, lembaran kerja,          

Sistem bahasa            : a) Morfologi kata adjektif seperti
                                      b) Sintaksis : ayat tunggal
                                      c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa
                                      d) kosa kata : timbus, lembap, subur, bertuah
Nilai                            : Beramah mesra,baik hati,sopan,bekerjasama
EMK                           : Kreativiti,Keusahawanan,TMK,Patrotisme

Langkah dan Masa
Huraian hasil pembelajaran dan kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Set induksi
5  minit
1.    Kepentingan makanan daripada pertanian



1.      1.Murid  melihat gambar-gambar buah-buahan melalui slide dipamerkan
2.      2. Guru menunjukkan buah-buahan yang dibawa (bahan maujud)
Murid menjawab soalan guru
a) Apakah nama buah-buahan yang  anda dilihat?
b) Di mana boleh didapati buah-buahan tersebut?
c) Apakah khasiat memakan buah-buahan?
d) Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran?
 ( makanan berasaskan pertanian )
BBB. Gambar buahan
Langkah 1
10 minit
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain


1.   1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang (membawa murid ke pokok pisang yang berada dalam kawasan sekolah)
2.    2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang pisang
-      kegunaan daun pisang
-       buah pisang
-       jenis-jenis pisang
-       pisang yang ditanam oleh
         pelajar
3.    3.Guru menunjukan gambar hasil daripada buah pisang
4.    4.Guru meminta dua orang murid mencerita pengalaman mereka membantu ibu atau keluarga mereka membuat kerepek
BBB: Gambar digital –pokok pisang, hasil daripada buah pisang.

Nilai ; Kebersihan sewaktu membuat kerepek, memasak goreng pisang
Langkah 2
20  minit
Aras 3
Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
1.    1.Guru menunjukkan buah-buah yang lain seperti gambar pokok , buah kelapa dan kelapa sawit..
2.    2.Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid tentang kegunaannya dan hasil makanan yang diperolehi dari tanaman tersebut.
3.    Makanan yang dihasilkan daripada tanaman-tanaman lain seperti nenas, betik dan lain-lain
4.    3.Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
5.    4.Guru dan murid berbincang tentang teks tadi
6.   5.Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar tanaman  tadi.







BBB: Teks
      (M/S 2)
Langkah 3
20  minit
Aras 1
Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.
1.    1. Guru membahagi murid kepada  3 orang dalam satu kumpulan
2.    2.Murid menjawab lembaran kerja teka silangkata dalam kumpulan
        -Ketua kumpulan  
        membaca jawapan
3.    3.Murid menulis 4 ayat  tunggal berdasarkan 
           makanan  
           berasaskan  
           pertanian
BBB: Teka silang kata/lembaran kerja/komputer
KB: Menjawab teka silang kata
Kecerdasan pelbagai
Penutup
5  minit

1. Guru dan murid menyanyikan lagu buah-buahan
Bahan audio
(lagu buah-buahan) dan
Lirik lagu