Khamis, 29 November 2012

Mari Belajar Bahasa Melayu ( Kata Ganti )



KATA GANTI
PENERANGAN
1.       Kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama. Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat.
2.       Melihat ciri-cirinya, kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan seperti diperturunkan di bawah :
i) Kata Ganti Diri
ii) Kata Ganti Tunjuk
iii) Kata Ganti Tempat

                Kata Ganti Diri
1.       Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2.       Kata ganti diri terbahagi kepada :

Kata Ganti Diri
Pertama
aku, beta, hamba, kami,
kita, patik, saya
Kata Ganti Diri
Kedua
anda, awak, engkau,
kalian, kamu, tuanku
Kata Ganti Diri
Ketiga
baginda, beliau, dia,
mereka

Kata Ganti Tunjuk
1.       Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2.       Kata ganti tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.
3.       Kata ganti tunjuk dapat bertugas sebagai:
( a ) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contoh :
Ø  Ini  rumah saya.
Ø  Itu kucing.
        ( b ) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contoh :
Ø  Bangunan itu tinggi.
Ø  Kami belajar di kelas ini.

Kata Ganti Tempat
1.       Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti kata nama tempat.
2.       Ada tiga sahaja kata ganti tempat, iaitu sana, sini dan situ.
3.       Yang berikut ialah panduan menggunakan kata ganti tempat.

Kata Ganti
Tempat
Penggunaannya dan
Ayat Contoh
sana
Digunakan bagi tempat yang
Dianggap jauh dan tidak
kelihatan oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø  Budak itu duduk di sana.
Ø  Kassim berjalan ke sana.
sini
Digunakan bagi tempat yang dekat dengan orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø  Mereka tinggal di sini.
Ø  Letakkan pasu itu di sini.
situ
Digunakan bagi tempat yang agak jauh tetapi
tidak sejauh sana. Tempat yang dikatakan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø  Simpan hadiah ini di situ.
Ø  Di situ ada taman permainan.


Latihan 1
Garis kata ganti nama yang betul.
1.       Kami akan ke (  sini  /  sana  )  dengan menaiki bas.
2.       Saya tidak menyelebahi (  apa-apa  / mana-mana  ) pihak dalam perkara ini.
3.       “ Mengapakah (  tuanku /  baginda ) bermuram durja?”tanya dayang kepada Permaisuri Lisa.
4.       (  Siapa-siapa  /  Apa-apa  ) pun tidak berani masuk ke situ.
5.       Wei Lin dan adiknya selalu bergaduh. (  Kalian  /  Mereka  } tidak sependapat dalam segala hal.

Latihan 2
Isi  tempat kosong dengan kata nama arah yang sesuai berpandukan jawapan yang diberi.















timur
 

dia
 

belakang
 

atas
 



tengah
 

pekan
 

mereka
 
 



1.       Suhaimi menyimpan album gambar itu di _________________ laci mejanya.
2.       Pemuda itu tertidur di ________________ sofa.
3.       Sayup-sayup kelihatan kapal di __________________ laut.
4.       Adik bersembunyi di _______________ almari.
5.       Matahari terbit diufuk ________________.


Latihan 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 .Ibu, duit _______ hilang,. kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 .Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,. kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan