KATA GANTI
PENERANGAN
1.
Kata ganti nama adalah kata yang berdiri di
tempat kata nama. Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek
dan objek ayat.
2.
Melihat ciri-cirinya, kata ganti nama boleh
dibahagikan kepada tiga subgolongan seperti diperturunkan di bawah :
i) Kata Ganti Diri
ii)
Kata Ganti Tunjuk
iii)
Kata Ganti Tempat
Kata Ganti Diri
1.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2.
Kata ganti diri terbahagi kepada :
Kata Ganti Diri
Pertama
|
aku, beta, hamba, kami,
kita, patik, saya
|
Kata Ganti Diri
Kedua
|
anda, awak, engkau,
kalian, kamu, tuanku
|
Kata Ganti Diri
Ketiga
|
baginda, beliau, dia,
mereka
|
Kata
Ganti Tunjuk
1.
Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2.
Kata ganti tunjuk ada dua, iaitu ini
dan itu.
3.
Kata ganti tunjuk dapat bertugas sebagai:
( a ) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contoh :
Ø
Ini
rumah saya.
Ø
Itu kucing.
( b ) penentu dan letaknya di belakang
kata nama. Contoh :
Ø
Bangunan itu tinggi.
Ø
Kami belajar di kelas ini.
Kata Ganti Tempat
1.
Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti kata nama tempat.
2.
Ada tiga
sahaja kata ganti tempat, iaitu sana, sini dan situ.
3.
Yang berikut ialah panduan menggunakan kata
ganti tempat.
Kata Ganti
Tempat
|
Penggunaannya dan
Ayat Contoh
|
sana
|
Digunakan bagi tempat yang
Dianggap jauh dan tidak
kelihatan oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø
Budak itu duduk di sana.
Ø
Kassim berjalan ke sana.
|
sini
|
Digunakan bagi tempat yang dekat
dengan orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø
Mereka tinggal di sini.
Ø
Letakkan pasu itu di sini.
|
situ
|
Digunakan bagi tempat yang agak jauh
tetapi
tidak sejauh sana. Tempat yang
dikatakan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh :
Ø
Simpan hadiah ini di situ.
Ø
Di situ
ada taman permainan.
|
Latihan 1
Garis kata ganti nama yang betul.
1.
Kami akan ke (
sini / sana
) dengan menaiki bas.
2.
Saya tidak menyelebahi ( apa-apa
/ mana-mana ) pihak dalam perkara
ini.
3.
“ Mengapakah (
tuanku / baginda ) bermuram
durja?”tanya dayang kepada Permaisuri Lisa.
4.
(
Siapa-siapa / Apa-apa
) pun tidak berani masuk ke situ.
5.
Wei Lin dan adiknya selalu bergaduh. ( Kalian
/ Mereka } tidak sependapat dalam segala hal.
Latihan 2
Isi tempat kosong
dengan kata nama arah yang sesuai berpandukan jawapan yang diberi.
|
|
|
|
||||||||||||||
|
|
|
1.
Suhaimi menyimpan album gambar itu di
_________________ laci mejanya.
2.
Pemuda itu tertidur di ________________ sofa.
3.
Sayup-sayup kelihatan kapal di
__________________ laut.
4.
Adik bersembunyi di _______________ almari.
5.
Matahari terbit diufuk ________________.
Latihan 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
paling sesuai.
1 .Ibu,
duit _______ hilang,. kata
Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka
2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal
sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
3 .Jika
_______ ada masalah sila jumpa saya,. kata
Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia
4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai
5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya
5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau