Selasa, 27 November 2012



Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran           : Bahasa Melayu
Tahun                         : 3 Gemilang
Tarikh                         : 29/10/2012 (Isnin)
Masa                           : 11.00 hingga 11.30 pagi (30 minit)
Bilangan Murid         : 26 orang
Tema                          : Kerjaya
Tajuk                          : Kerjaya Pilihan

Bidang Pelajaran      : Bacaan dan kefahaman
Fokus utama              : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
                                            yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
                          Aras 1        ii).Memahami perkataan, frasa dan ayat yang dibaca

Fokus Sampingan     : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
                         Aras 1          i).Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai

Hasil Pembelajaran   :   i). Seramai lebih kurang 10 orang murid boleh membaca perkataan
                                            atau ayat dengan sebutan yang betul dan jelas.

                                        ii). Seramai lebih kurang 10 orang murid dapat melengkapkan ayat
                                            dengan betul.

Sistem Bahasa          : Kata kerja
Nilai murni                 : Bekerjasama dan rajin
Elemen Merentas Kurikulum           : Kreatif dan Inovatif
Pengalaman sedia ada murid          : Murid pernah melihat, menonton di televisyen dan
                                                             Berjumpa dengan mereka yang berkerjaya.
Bahan Bantu Belajar                        : Papantulis, gambar, lembaran kerja dan kad perkataan dan
                                                 kad huruf.





Langkah/
Masa
Isi Kandungan/
Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Impak /  Catatan
Set Induksi
5 minit

Pengenalan Tema
Kerjaya
1.Guru menunjukkan beberapa huruf di papan tulis.

2.Secara perbincangan, murid diminta menyusun huruf
menjadi satu perkataan.

3.Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkataan tersebut.
Contoh ayat:
i).Sila susun huruf yang diberikan menjadi satu perkataan.
( KERJAYA)/ (PEKERJAAN)
Kad huruf

Papan tulis



Langkah 1
10 minit


Bersoal jawab tentang gambar berkaitan kerjaya


Bersoal jawab
1.Guru memaparkan beberapa keping gambar alat yang
digunakan oleh mereka yang bekerja.

2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang ditunjukkan.
Contoh:
i).Siapakah yang menggunakan alat ini semasa bertugas?
ii).Di manakah mereka bertugas?

3. Guru meminta beberapa orang murid melekatkan gambar tersebut di papan tulis.

4. Guru menuliskan nama pekerjaan yang dinyatakan oleh murid di papan tulis.

5. Murid menyebut semula nama-nama pekerjaan yang
ditulis di papan tulis.
Slaid Gambar


Papan tulis

Kad perkataan

EMK:
Kreatif dan Inovatif



Langkah 2
12minit


Mengenal pasti
kata kerja

Maksud kata kerja

Perbincangan secara berpasangan.
Mengenal pasti
1.Guru menunjukkan beberapa kad perkataan ( kata kerja) kepada murid.

2.Murid membaca kad perkataan dengan kuat beramai-ramai.

3.Murid diminta mengenal pasti maksud kata kerja dengan kerjaya .
Contoh :
    i).mengajar
    ii).merawat
   iii).membaiki
   iv).menangkap
    v).memasak

Perbincangan
4.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

5.Secara berpasangan , murid berbincang mencari jawapan .

6.Guru berbincang dengan murid tentang jawapan yang  diperolehi.

7. Murid membaca semula petikan jawapan beramai-ramai.


Kad perkataan

Papan tulis




Lembaran kerja

Nilai:
Bekerjasama

Penutup
3minit

Pemahaman murid
Guru menyoal kembali tentang tajuk yang diajar kepada murid.
Papantulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan